KHASIAT CUKA UNTUK TUBUH

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1002&pub=Kosmo&sec=Varia&pg=va_01.htm

CUKA sering dijadikan bahan tambahan dalam masakan seperti garam dan gula. Rasanya yang masam sesuai digunakan untuk membuat acar buah ataupun sebagai bahan melembutkan mi.

Namun, ia sebenarnya telah wujud sejak berkurun lamanya. Masyarakat Greek dan Mesir misalnya, menjadikan cuka sebagai tonik kesihatan.

Walaupun baunya yang kurang menyenangkan, khasiat cuka boleh mencegah dan menyembuhkan pelbagai penyakit seperti gangguan pencernaan, pemecahan molekul lemak sekali gus membantu proses pengurangan berat badan.

Menyedari hakikat itu, syarikat pengeluar barangan kesihatan, Nu Lifestyle mencipta inovasi terbaharu dengan memperkenalkan cuka sebagai bahan minuman seharian iaitu Natural Vinegar.

Produk ini diproses daripada beras berkualiti tinggi dan diadun bersama ekstrak buah-buahan serta herba-herba terpilih.

Hadir dengan pelbagai perisa, ia mampu meningkatkan sistem imun dalam tubuh badan, meningkatkan metabolisme, pencegah antioksida dan mengawal paras pH.

Natural Vinegar menggunakan bahan-bahan berkualiti ketika proses penapaian selain tidak mengandungi perasa tiruan, warna atau perasa tambahan.

Minuman kesihatan ini turut mendapat pengiktirafan daripada Amalan Pengilangan Yang Baik (GMP), Sijil Halal dan pengiktirafan International Organization for Standarzation (ISO).

Bagi membolehkan orang ramai merasai kelazatan minuman ini, Nu Lifestyle telah membuka kedai konsep minuman, Vinegplus. Pengunjung boleh memilih perisa cuka bersama buah-buahan segar yang diadun menjadi smoothie. Pelbagai menu sandwic juga dihidangkan.

Natural Vinegar boleh didapati pada harga antara RM59 sehingga RM330. Gerai Vinegplus boleh dikunjungi di pusat beli-belah Sunway Pyramid, Petaling Jaya, KL Festival City, Setapak dan Solaris Dutamas, Kuala Lumpur. – MOHAMMAD HAFIZ AHMAD

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1002&pub=Kosmo&sec=Varia&pg=va_01.htm#ixzz3Jy8D5858
Hakcipta terpelihara

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1002&pub=Kosmo&sec=Varia&pg=va_01.htm#ixzz3Jy86K5xo
Hakcipta terpelihara

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s